top of page
Admin

Kanser Pangkal Rahim: Adakah Ia Boleh Dicegah?

Kanser terjadi apabila sesuatu sel dalam badan telah hilang kawalan mekanisme dan membiak dengan tersendiri tanpa dapat dikawal oleh badan.


Semua jenis kanser biasanya terjadi apabila sel dalam badan tumbuh secara luar kawalan dan dengan kadar luar biasa daripada segi saiz dan bentuk. Ia juga boleh merebak ke organ dan tisu-tisu lain.


Jenis Kanser Paling Kerap Berlaku Dalam Kalangan Wanita


Antara kanser yang paling kerap berlaku kepada wanita adalah kanser payudara, kanser pangkal rahim (serviks) dan kanser ovari.


Menurut Perunding Tetap Perbidanan dan Sakit Puan Hospital Wanita & Kanak-Kanak ANDORRA, Dr Maryam Sakinah Mohamad Rom, kanser payudara sering berlaku pada wanita berusia 50 tahun ke atas.


Di samping itu, kanser ovari lebih kerap berlaku dalam kalangan wanita yang lebih muda. Kanser serviks pula merupakan salah satu kanser yang boleh dicegah dan dirawat lebih awal. Pencegahan awal boleh dibuat dengan menjalani saringan kesihatan pengesanan sel-sel kanser.


Ujian Pengesanan Sel Kanser Serviks


Antara ujian yang boleh diambil untuk mengesan sel kanser adalah ujian pap smear dan ujian Human Papillomavirus (HPV). Dua jenis ujian ini adalah antara ujian yang paling berkesan dalam mencegah kanser servik.


Walaupun kebanyakan wanita sering mengelak daripada melakukan ujian pap smear kerana takut akan merasa sakit, ia merupakan jalan yang terbaik untuk memastikan keadaan kesihatan seseorang.


Sikap seperti ini lebih merunsingkan lebih-lebih lagi jika wanita tersebut mengalami masalah di bahagian faraj seperti keputihan berbau, haid tidak teratur atau terdapat pendarahan semasa melakukan hubungan kelamin.


Sebagai seorang wanita hebat, anda disarankan untuk berjumpa dengan pakar perbidanan dan sakit puan untuk menjalani saringan kesihatan secara rutin demi memastikan kesihatan anda sentiasa berada dalam keadaan baik.


Saringan Kesihatan Wanita di ANDORRA

Rujuk maklumat di bawah mengenai pakej-pakej pemeriksaan kesihatan wanita yang disediakan di Hospital ANDORRA jika anda berminat untuk memahami dengan lebih lanjut tahap kesihatan anda.


Tonton video penjelasan Dr Maryam Sakinah berkenaan jenis-jenis kanser yang sering berlaku dalam kalangan wanita dan cara mencegahnya dalam pautan di bawah.


andorra hospital, prince court, sunway medical, hospital az-zahrah, kanser pangkal rahim, serviks, cervical cancer, ovarian cancer, kanser ovari, kanser payudara, breast cancer, avisena hospital, kpj tawakkal, kpj damansara, gleneagles, columbia asia
Basic Tulip Package

andorra hospital, prince court, sunway medical, hospital az-zahrah, kanser pangkal rahim, serviks, cervical cancer, ovarian cancer, kanser ovari, kanser payudara, breast cancer, avisena hospital, kpj tawakkal, kpj damansara, gleneagles, columbia asia
Premium Rose Package


Rujukan:


Recent Posts

See All

Comments


bottom of page