top of page
Admin

Kemurungan Selepas Bersalin Boleh Membawa Maut?

Updated: Mar 15, 2023

Kehamilan dan kelahiran merupakan fasa yang boleh merubah keadaan seseorang wanita dari pelbagai segi terutamanya fizikal dan mental. Kebanyakan wanita akan merasai pengalaman ini


Apakah yang menyebabkan seseorang wanita mengalami kemurungan selepas bersalin?


Simptom kemurungan selepas bersalin


Selepas bersalin wanita mungkin akan lebih sensitif dan lebih mudah nak menangis, tertekan, tak cukup rehat, letih. Perubahan ini boleh menyebabkan perubahan emosi iaitu postpartum blues.


80 peratus wanita akan mengalami simptom kemurungan selepas bersalin. Tanda-tanda ini akan berkurangan selepas dua minggu kelahiran. Walaubagaimanapun, apabila seseorang mengalami kemurungan selepas bersalin, tanda-tanda ini akan berterusan lebih dari dua minggu.


Mereka mempunyai perasaan yang buruk terhadap diri sendiri dan lebih teruk jika mereka mula merasa tidak guna hidup.


postpartum depression, kemurungan selepas bersalin, depression, kemurungan, bersalin, mengandung, hamil, bayi, anak

Faktor kemurungan selepas bersalin


Kemurungan selepas bersalin boleh terjadi disebabkan beberapa faktor iaitu faktor biologi, psikologi dan juga faktor sosial;


Faktor biologi


Banyak perubahan fizikal yang akan berlaku kepada seseorang wanita semasa dalam fasa hamil dan sebaik sahaja mereka melahirkan terutamanya perubahan hormon dan bentuk tubuh badan.


Penyusuan susu badan turut menjadi salah satu asbab yang membuatkan seseorang wanita murung. Ini mungkin terjadi disebabkan oleh tekanan yang dihadapi untuk menjayakan proses penyusuan susu badan terutamanya kepada wanita yang baharu bergelar ibu. Menghasilkan susu badan bukan sesuatu proses yang mudah untuk para ibu ketika di peringkat awal.


Faktor psikologi


Personaliti, sikap dan sifat seseorang wanita boleh menyumbang kepada faktor psikologi yang mengakibatkan kemurungan selepas bersalin.


Sebagai contoh, seseorang ibu yang baharu melahirkan merancang untuk menyusukan anak dengan susu ibu sepenuhnya mengikut jadual dan kekerapan yang sepatutnya, namun perancangan itu mungkin tidak berjaya disebabkan beberapa faktor lain seperti kekurangan susu dan sebagainya.


Ini boleh membuatkan ibu merasa mereka tidak dapat menjadi ibu yang baik dan menyebabkan tekanan kepada diri mereka.


Faktor sosial


Sokongan sosial amatlah penting untuk membantu mengelakkan kemurungan selepas bersalin dalam kalangan wanita. Suami, keluarga dan rakan-rakan terdekat perlu bersama-sama memberikan kata-kata semangat dan membantu ibu-ibu yang mengahadapi masalah dan masa yang sukar sepanjang dalam fasa berpantang.


Ini demi mengelakkan perkara yang tak diingini daripada berlaku kepada ibu-ibu yang baharu bersalin dan menimang cahaya mata seperti tekanan perasaan serta yang paling ditakuti iaitu mempunyai keinginan atau percubaan membunuh diri demi menyelesaikan masalah kemurungan.


postpartum depression, kemurungan selepas bersalin, depression, kemurungan, bersalin, mengandung, hamil, bayi, anak

Peranan suami dalam mencegah kemurungan selepas bersalin


Amatlah penting untuk seseorang suami mahupun ahli keluarga untuk membantu isterinya dalam mencegah kemurungan selepas bersalin.


Sokongan emosi


Dari segi emosi, seseorang suami perlu meminjamkan telinga dan mendengar keluhan serta luahan perasaan isteri dalam menjalani fasa sebagai seorang ibu. Ia boleh membantu meringankan beban isteri yang baharu merasai pengalaman menjaga dan membesarkan anak.


Suami dan orang sekeliling juga perlu cuba memahami situasi yang dialami seseorang wanita dalam menjalani fasa berpantang dan tidak mengharapkan jangkaan yang terlalu tinggi terhadap mereka.


Sokongan praktikal


Suami mahupun ahli keluarga amat digalakkan untuk membantu menjaga anak-anak sepanjang isteri mereka sedang berpantang. Berikan isteri masa yang cukup untuk berehat apatah lagi mereka baharu melahirkan.


Suami juga dinasihatkan untuk cuba dengana lebih kerap berada bersama isteri kerana keberadaan seorang suami boleh secara tidak langsung membantu menambahbaik keadaan emosi isteri.


Sokongan profesional


Ada kemungkinan sokongan emosi dan praktikal tidak mencukupi untuk membantu mencegah dan mengurangkan kemurungan selepas bersalin terhadap seseorang wanita.


Para suami dinasihatkan untuk membantu isteri mereka dan sentiasa bersedia dengan sebarang kemungkinan yang boleh berlaku kepada mereka selepas melahirkan. Bawa isteri anda berjumpa dengan pakar pskiatri jika mereka mengalami simptom-simptom di atas.


Tonton video di bawah untuk info mendalam berkenaan Kemurungan Selepas Bersalin yang dibincangkan oleh Pakar Pelawat, Psikiatri (Wanita & Perinatal) ANDORRA, Dr Umi Adzlin Silim;



Untuk membuat temujanji bersama salah seorang pakar psikiatri kami, hubungi Khidmat Pelanggan ANDORRA di 0389661133 atau isikan maklumat anda melalui Tempahan Temujanji Atas Talian di https://www.andorracare.com/appointment-booking.


Layari laman sesawang kami untuk jadual penuh klinik pesakit luar pakar psikiatri ANDORRA https://www.andorracare.com/clinic-hours-andorra.



Rujukan:




コメント


bottom of page